kekuatan:
Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian
Pendidikan Jasmani ini menepati Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang menekan aspek
Psikomotor, aspek Kognitif, aspek Afektif.
Bahan Bantu Mengajar disediakan
oleh guru sendiri. Bahan Bantu Mengajar yang dimaksudkan ialah lembaran kerja, info tentang permainan galah,
penerangan tentang cara main permainan galah. Gelanggang permainan galah pula
disediakan oleh guru dengan bantuan murid-murid.
Pada peringkat perlaksanaan aktiviti
permainan galah ini, guru mendapati bahawa murid-murid amat seronok bermain.
Murid-murid juga boleh melakukan pergerakan asas lokomotor sesuai dengan
permainan. Selain itu, murid juga dapat membiasakan diri menghargai kemenangan
dan kekalahan dengan baik. Ini dapat dilihat di akhir aktiviti di mana mereka
bersalam-salaman antara satu sama lain.
kelemahan:
cadangan penambahbaikan:
|
Tuesday, 8 May 2012
REFLEKSI GURU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






No comments:
Post a Comment