VIDEO PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN JASMANI
PENGAGIHAN TUGAS
FASA/
MASA
|
AKTIVITI PENGAJARAN GURU
|
AKTIVITI PEMBELAJARAN MURID
|
CATATAN
|
Set Induksi
( 5 minit )
|
-
Guru membawa murid membuat senaman pemanasan badan
-
Guru memperkenalkan permainan Galah Panjang.
|
-
Murid membuat pemanasan badan.
-
Murid memberi respon.
|
|
Fasa
Persediaan
( 5 minit )
|
-
Guru membahagikan murid kepada 2 pasukan
bersepuluh
-
Guru membawa murid ke gelanggang Galah Panjang
yang telah disediakan.
|
-
Murid masuk ke pasukan masing-masing
-
Murid masuk ke gelanggang mengikut arahan guru.
|
Murid
telah dilatih dari segi disiplin terutamanya berkaitan dengan masa
|
Fasa Perkembangan
( 10 minit )
|
Standard
Pembelajaran:
Aplikasi
pengetahuan dalam pergerakan
Psikomotor:
1.11.2
-
Guru memberi penerangan tentang bagaimana permainan
ini dimainkan dan peraturan permainan.
-
Guru menekankan agar setiap ahli kumpulan perlu
bekerjasama agar dapat mempertahankan kumpulan masing-masing.
-
Guru mengarahkan kedua-duapasukan mengambil tempat
dan memulakan permainan
-
5 minit kemudian, pertukaran tempat di mana
kumpulan A sebagai pertahanan dan kumpulan B pula menyerang.
-
Guru mengarahkan kedua-dua pasukan bermain semula
permainan Galah Panjang.
|
-
5 minit pertama :
i.
Kumpulan A –
Penyerang:
a.
Berdiri di serata tempat di depan petak,
b.
Ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan ketua
pasukan bertahan dan dengan serta merta pemain pasukan penyerang akan berlari
cuba melintasi garisan dari depan ke belakang dan kemudian dari belakang ke
depan
ii.
Kumpulan B –
Pasukan bertahan:
a.
Pasukan bertahan menempatkan seorang pemain pada
setiap garisan,
b.
Ketua pasukan bertahan akan mengambil tempat di
garisan tengah,
c.
Pasukan bertahan akan cuba menghalang pemain
pasukan penyerang melintasi garisan dengan cara mendepangkan tangan untuk
menyentuh badan mereka itu.
-
5 minit kedua : Pasukan bertukar tempat atau
peranan.
|
Nilai Murni:
-
Bekerjasama
-
Bersungguh-sungguh
Afektif: 5.4.3
Peraturan
permainan diubah mengikut kesesuaian masa
|
Fasa Tindakan
( 5 minit )
|
-
Guru membawa murid membuat senaman penyejukan
badan yang ringkas.
-
Guru mengingatkan murid bahawa permainan ini untuk
keseronokan dan pengalaman, setiap pasukan haruslah menerima kemenangan dan
kekalahan dengan ikhlas.
|
-
Murid-murid membuat bulatan besar.
-
Murid-murid membuat penyejukan badan
-
Murid mendengar dan memberi respon jika perlu
|
Afektif :5.2.3
|
Penutup
( 5 minit )
|
Pentaksiran
Kognitif:
2.10.3
-
Guru mengedarkan lembaran kerja untuk menguji
murid tentang kemahiran yang terlibat di dalam permainan Galah Panjang, perlu disiapkan dalam tempoh 3 minit
sahaja.
-
Guru membawa
murid membuat pembetulan
-
Guru meminta murid untuk mencari maklumat tentang
permainan Rondas untuk persediaan kelas akan datang.
|
-
Murid-murid mengenalpasti kemahiran yang terlibat
semasa permainan tadi.
-
Murid membuat pembetulan.
-
|
Edaran
Lembaran Kerja
Nilai Murni:
-berkeyakinan
|
kekuatan:
Peringkat
Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian:
Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian
Pendidikan Jasmani ini menepati Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang menekan aspek
Psikomotor, aspek Kognitif, aspek Afektif.
Penyediaan
Bahan Bantu Mengajar:
Bahan Bantu Mengajar disediakan
oleh guru sendiri. Bahan Bantu Mengajar yang dimaksudkan ialah lembaran kerja, info tentang permainan galah,
penerangan tentang cara main permainan galah. Gelanggang permainan galah pula
disediakan oleh guru dengan bantuan murid-murid.
Perlaksanaan
Aktiviti Permainan Galah:
Pada peringkat perlaksanaan aktiviti
permainan galah ini, guru mendapati bahawa murid-murid amat seronok bermain.
Murid-murid juga boleh melakukan pergerakan asas lokomotor sesuai dengan
permainan. Selain itu, murid juga dapat membiasakan diri menghargai kemenangan
dan kekalahan dengan baik. Ini dapat dilihat di akhir aktiviti di mana mereka
bersalam-salaman antara satu sama lain.
kelemahan:
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani ini yang mana memperkenalkan Permainan Galah kepada murid-muridberjalan sesuai dengan perancangan. Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan dari segi pengurusan masa. Lebih kurang 3 minit masa yang dibazirkan untuk menyusun murid-murid tetapi masalah ini tidak menjadi ganguan yang berat bagi guru kerana guru berjaya mengatasi masalah ini dengan cara yang baik.
cadangan penambahbaikan:
Pada masa akan datang, aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini akan dilaksanakan dengan sebaik-baik mungkin. Oleh itu, segala aktiviti mewujudkan kumpulan akan dilaksanakan sehari sebelum aktiviti tersebut dilaksanakan. Guru perlu membantu murid di dalam usaha memilih ahli setiap kumpulan dan ini boleh membantu mengatasi masalah pengurusan masa.
|
*********************************************************************************** |